ET SAKINAH


  • Pengenalan pelan
    Merupakan Pelan Takaful Keluarga yang menawarkan perlindungan beserta simpanan sebagai pilihan yang boleh dimiliki oleh pasangan suami isteri atau bapa dan anak atau ibu dan anak.
    Terdapat 2 pilihan pelan perlindungan iaitu Sakinah 1 ( perlindungan dan simpanan ) dan Sakinah 2 ( perlindungan sahaja ). Pelan ini ditawarkan untuk individu yang berumur antara 90 hari hingga 60 tahun sahaja ( pada tarikh lahir akan datang )

    Manfaat khas
    1. Kematangan
    Sakinah 1:
    • Semasa tamat tempoh kontrak yang disertai peserta akan menerima jumlah terkumpul didalam Akaun Peserta + Mudharabah dari Akaun Peserta + lebihan dari Akaun Khas Peserta
    Sakinah 2:
    • Semasa tamat tempoh kontrak yang disertai peserta akan menerima lebihan dari Akaun Khas Peserta
    2. Keilatan Kekal dan menyeluruh
    Keilatan kekal dan Menyeluruh
    1. Keilatan disebabkan oleh kecederaan tubuh yang menghalang Orang yang dilindungi daripada melakukan sebarang urusniaga atau pekerjaan atau menjalankan sebarang kerja untuk mendapatkan upah, pampasan atau untung, dengan syarat keilatan tersebut mestilah berterusan tanpa sebarang gangguan untuk tempoh tidak kurang dari enam ( 6 ) bulan.
    2. Hilang keseluruhan penglihatan pada kedua belah mata, atau hilang / putus kedua belah tangan pada / atas pergelangan tanagan; atau hilang / putus kedua belah kaki pada / atas buku lali; atau hilang / putus satu tangan pada / atas pergelangan tangan dan hilang / putus satu kaki pada / atas buku lali, atau kehilangan pernglihatan untuk sebelah mata yang tidak dapat dipulihkan dan hilang / putus keseluruhan lengan / kaki pada / atas pergelangan tangan  atau buku lali
    Untuk pelan Juvana, hanya ( 2 ) sahaja terpakai

    Kematian
    Termasuk kematian atas sebab penyakit atau kemalangan

    Ciri ciri pelan
    • 2 pilihan penyertaan
    • Sakinah 1 ( pelan bertempoh beserta simpanan )
    • Sakinah 2 ( pelan bertempoh sahaja )
    • Perlindungan sehingga umur 80 tahun
    • Perlindungan keilatan kekal dan menyeluruh sehingga umur 65 tahun
    • Jumlah amaun perlindungan akan dibayar jika salah seorang daripada pasangan meninggal dunia ( kematian pertama ) atau mengalami keilatan kekal dan menyeluruh ( keilatan pertama )  dan secara automatik perlindungan akan ditamatkan serta merta
    • Pembayan manfaat keilatan kekal dan menyeluruh akan dibuat secara sekaligus
    • Tiada lein Juvana

  • Anda mungkin juga meminati: